SabahTour

Terma Perkhidmatan

Kemaskini terakhir: 1 Januari 2026

Dengan menggunakan platform SabahTour, anda bersetuju untuk terikat dengan terma berikut.

1. Peranan SabahTour

SabahTour adalah platform perantara yang menghubungkan pelancong dengan operator tour bebas. Kami bukan pengendali tour secara langsung. Vendor adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kualiti perkhidmatan tour mereka.

2. Tempahan & Pembayaran

  • Pembayaran perlu dibuat dalam masa 24 jam selepas tempahan
  • Pengesahan tempahan tertakluk kepada pengesahan bukti pembayaran oleh admin
  • Vendor berhak menolak tempahan jika ada konflik jadual

3. Tanggungjawab Pengguna

  • Memberikan maklumat yang tepat dan benar
  • Mematuhi peraturan dari vendor & undang-undang Malaysia
  • Tidak menggunakan platform untuk aktiviti haram atau menipu

4. Tanggungjawab Vendor

  • Memiliki lesen pelancongan yang sah (jika perlu)
  • Menyediakan tour seperti yang diiklankan
  • Insurans pelancong (jika applicable)
  • Mengikut komisen 5% (Free plan) atau yuran langganan bulanan (Premium/Business)

5. Penafian

SabahTour tidak bertanggungjawab atas kecederaan, kehilangan harta benda atau kerugian ekoran tindakan vendor atau peserta tour. Semua peserta digalakkan membeli insurans perjalanan.

6. Perubahan terma

Kami berhak meminda terma ini bila-bila masa. Perubahan akan diumumkan di laman ini.